Posts

Showing posts from November, 2023

TORISM MALAYSIA 2023

Image
 

ZOO Negara, Kuala Lumpur

Image
  Zoo Negara adalah sebuah tempat menarik yang pertama diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikkan, pendidikan dan reakreasi. Tambahan pula, tempat ini ditubuhkan pada 16 November 1963 dan mempunyai sekitar 5,000 jenis haiwan dari 459 spesies mamalia,  burung,  reptilia,  ambifia dan ikan

Port Dickson, Negeri Sembilan

Image
  Sebuah bandar pantai peranginan yang terkenal terletak di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Tempat menarik ini terletak di tepi pinggir laut yang berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, biji timah, arang dan lain-lain keperluan. Port Dickson adalah bandar kedua terbesar di Negeri Sembilan selepas Seremban. Setiap tahun Port Dickson menerima jutaan pelancong. Hal ini kerana, tempat ini menawarkan pantai yang tidak terlalu jauh dari pusat bandarnya untuk pelancong berkelah, bercuti dan mandi-manda serta melakukan banyak lagi aktiviti dan pergi ketempat yang lebih menarik lagi. 

Sunway Lagoon, Selangor

Image
  Sunway Lagoon merupakan Tempat Paling Famous Di Malaysia yang merupakan sebuah tempat menarik dan taman hiburan yang terbesar di Malaysia yang terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya Selangor yang dibuka sejak tahun 1993 lagi. Taman tema yang berkeluasan 88 ekar ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang pasti menyeronokan dan sesuai dikunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan.Sunway Lagoon sudah tidak asing lagi bagi penduduk di Malaysia terutamanya bagi peminat aktiviti  outdoor . Kini, Sunway Lagoon menjadi Tempat Paling Famous Di Malaysia dan merupakan tempat percutian menarik paling disukai di dalam mahupun pelancong yang dari luar negara datang kesini untuk dijadikan tempat percutian mereka. Pada mulanya ia terdiri daripada taman air,taman ria dan taman haiwan sahaja, tetapi kemudiannya ditambah pula dengan taman seram dan taman aksi lasak disini.
Image
PERSISIRAN PAYANG Kuala Terengganu Bila   disebut sahaja Terengganu, pasti ramai yang mengetahui tentang salah satu tarikan negeri terbaharu ini iaitu DrawBridge atau dikenali sebagai Jambatan Angkat, pertama dibina di Malaysia. Jika korang berkunjung ke sini, korang boleh melihat pemandangan jambatan secara jelas di depan mata melalui taman yang bakal dibuka berhampiran jambatan tersebut serta menjadi port ambik gambar yang sangat cantik.

PASAR KEDAI PAYANG, KUALA TERENGGANU

Image
 PASAR KEDAI PAYANG KUALA TERENGGANU Batik Pasar Payang  Di pasar kedai payang pelbagai jenis barang kraftangan.Akan tetapi, barangan yang kerap menjadi buruan pelancong ialah batik Pasar Payang. Berbeza dengan batik di tempat lain, batik di sini kata orang, lebih cantik, moden dan sesuai dengan citarasa orang muda.Selain batik, anda juga boleh layan songket, barang tembaga, batu permata, sutera dan capal di tingkat ini.