Port Dickson, Negeri Sembilan
Sebuah bandar pantai peranginan yang terkenal terletak di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Tempat menarik ini terletak di tepi pinggir laut yang berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, biji timah, arang dan lain-lain keperluan. Port Dickson adalah bandar kedua terbesar di Negeri Sembilan selepas Seremban.Setiap tahun Port Dickson menerima jutaan pelancong. Hal ini kerana, tempat ini menawarkan pantai yang tidak terlalu jauh dari pusat bandarnya untuk pelancong berkelah, bercuti dan mandi-manda serta melakukan banyak lagi aktiviti dan pergi ketempat yang lebih menarik lagi.
Comments
Post a Comment